Ibu... adalah wanita yang telah melahirkanku merawatku membesarkanku mendidikku hingga diriku telah dewasa
Ibu... adalah wanita yang selalu siap sedia tatkala aku dalam buaian tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri tatkala perutku terasa lapar dan haus tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam
Ibu... adalah wanita yang penuh perhatian bila aku sakit bila aku terjatuh bila aku menangis bila aku kesepian
Ibu... telah kupandang wajahmu diwaktu tidur terdapat sinar yang penuh dengan keredhaan terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang terdapat sinar kelelahan kerana aku
Aku yang selalu menyusahkanmu aku yang selalu meminta perhatianmu aku yang telah menghabiskan air susumu aku yang juga selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu
Ibu... engkau menangis kerana aku engkau sedih kerana aku engkau menderita kerana aku engkau kurus kerana aku engkau korbankan segalanya untuk aku
Ibu... jasamu tiada terbalas jasamu tiada terbeli jasamu tiada akhir jasamu tiada tara jasamu terlukis indah di dalam syurga
Ibu... hanya doa yang bisa kupersembahkan untukmu kerana jasamu tiada terbalas
Hanya tangisku sebagai saksi atas rasa cintaku padamu
Ibu..., I LOVE YOU SO MUCH
Puisi ini aku tujukan buat ibu tersayang serta ahli keluargaku yang bergelar ibu...
...................SELAMAT HARI IBU........................